Thursday 17 January 2013

TIP-TIPS MENANGANI TEKANAN

Judul: Petua Menangani Stres
Penulis: Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, Muhammad Zakaria
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Pengulas: Hasliza Hassan
Harga: RM19.90

TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam.
Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menangani tekanan dengan bijak. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tertekan dengan bijak.

Cabaran hidup sekarang mendedahkan kita kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri. Mereka yang berjaya menangani tekanan, akan berjaya menguruskan diri. Hakikatnya, ujian tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat. Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.

Buku Petua Menangani Stres hasil karya pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah bersama Muhammad Zakaria menyediakan metodologi menangani tekanan supaya dapat menjalani hidup yang lebih tenang. Mula sekali, pembaca diajak mengenali apa yang dimaksudkan dengan tekanan iaitu reaksi mental dan fizikal terhadap semua permasalahan yang dihadapi dalam hidup serta mencari bagaimana punca tekanan itu.

Antara punca tekanan ialah sifat semula jadi, terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi, bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan. Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

Bab empat buku kecil setebal 92 halaman itu mendedahkan 15 petua berkesan menangani tekanan bersama dalil al-Quran dan hadis Nabi SAW yang ditampilkan dalam bentuk nota ringkas, gambar hiasan serta sketsa lakaran kartun menarik. Malah, bahagian belakang buku dengan wajah Fadzilah tersenyum dalam posisi duduk yang santai turut menyediakan panduan menggunakan buku Petua Menangani Stres bagi memudahkan pembaca memahami seterusnya memanfaatkan ilmu yang disampaikan.

Berdoa adalah satu daripada cara mengurang dan mengelakkan tekanan. Buku ini turut menyediakan doa melindungi daripada tekanan termasuk doa ketika berasa takut, doa memohon diselamatkan daripada bala dan doa ketika marah. Tekanan mungkin tidak dapat dihilangkan sepenuhnya, tetapi hidup akan lebih mudah jika kita mempunyai kemahiran serta kekuatan untuk menghadapi tekanan. Ilmu mengenainya sudah ada di depan mata, baca dan manfaatkan demi hidup yang sejahtera.

Islam sudah menjelaskan kepentingan ilmu dalam menjalani kehidupan seharian dan pastinya tidak rugi untuk menimba ilmu mengenai tekanan bukan saja untuk diri sendiri, malah kepada anak, keluarga, saudara, jiran serta semua yang ada di sekeliling.
Renungan buat semua : Hidup ini memang penuh dengan tekanan. Jadi kalau kita tak nak tertekan, cuba-cubalah jangan buat orang lain tertekan dengan sikap dan karenah kita....

Sunday 13 January 2013

UJIAN PEMILIHAN PRS 2013

13 Januari 2013.. Makluman kepada pelajar yang telah memohon untuk menjadi ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah bagi sesi 2013, sila hadir untuk menjalani ujian bertulis pada ketetapan seperti berikut :

                         Tarikh   :  14 Januari 2013
                         Hari      :  Isnin
                         Masa    :  1.30 petang
                         Tempat :  Kelas 1 Bakawali

Sila hadirkan diri dan semoga berjaya...

Senarai nama calon PRS 2013 :-

BIL NAMA TAHUN
1 Ahmad Irfan Darwish Bin Ahmad Ruzi 4B
2 Vania John Pereira 4A
3 Vynjana Raj A/P Langasvaran 4A
4 Muhd Aiman Haziq Bin Mohd Azri 4A
5 Mohamad Shaamel Arshad Bin
Mohamed Azlan Putra
4A
6 Nur Balqis Syafiqah 4A
7 Nur Rafiqah Bnti Rostam 4A
8 Nuraliah Shyazana 4A
9 Nur Alia Nabila Bt Khairul Razi 4A
10 Nurzullaiffah Bt Zulkarnain 4A
11 Shahrizal 4B
12 Nur Affina Hani 4B
13 M.Ikbal Bin Ibrahim 4B
14 Nurul Amiera Izzati Binti Mohd Norazman 4B
15 Jeyshiella A/P Benchman Amos 5A
16 Kusnita A/P Vishnu 5A
17 Thaniel Dasen A/L Dewaannathan 5A
18 Putry Noor Ain Bt Abd Rahman 5A
19 Farah Sazliyana Bt Zailani 5B
20 M. Badrul Hafiz B. M. Ramli 5B
21 Mohd Nurhaqim Hanafi  5B
22 Nursyaheena Bt Kamarudin 5B
23 M. Sharifuddin 5B
24 Norshilawanne Bt Jafri 5B
25 Nurul Nabilla Bt Rahmat 5B
26 Mohammad Ansarullah Bin Norhisham 5B
27 Muhd Nur Radzi Bin Mustafa 5B
28 Claydeeroy Claudius 5C
29 Adeeba Natasha Binti Azli 6A
30 Muhd Naufal Bin Salleh 6A
31 Gauthama Rueben 6A
32 Vhienscent Raj 6B
33 Nur Zuhairah Bt Ayob 6B
34 Nur Fitrah Bt Mohd Alif 6B
35 Mohamad Rafiq Bin Rostam 6B

Wednesday 19 December 2012

SEKOLAH KAWALAN, KELAS RANCANGAN KHAS (KRK), KELAS ALIRAN AGAMA (KAA)

19 Dec 2012... Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat tempat ke SBP, SMKA, Sekolah Kawalan, KRK, dan KAA. Di sini cikgu senaraikan nama pelajar yang telah berjaya mendapat tempat di beberapa sekolah terpilih. Penambahan insyallah akan dikemaskini dari masa ke semasa.. TAHNIAH diucapkan...

SEKOLAH TUN FATIMAH (SBP)
1. Ellisa Binti Mohamad Alias 

S.M SAINS KOTA TINGGI-SAKTI (SBP)
1. Arif Bin Roslee

SMKA - JOHOR JAYA
1. Mohammad Danial Asyraf
2. Mohammad Aiman Hakeem

SMK (P) SULTAN IBRAHIM  (Sekolah Kawalan)
1. Fatin Nabihah Binti Mohd Faisal
2. Farahdiba Binti Shariff


SMK SULTAN ISMAIL  (Sekolah Kawalan)
1. Elliyyan Mizati Bin Mohd Ismail
2.Syahidah Husna Binti Suhaimi

 SMK GELANG PATAH (KRK)
1. Mohamad Faiz
2. Muhammad Rasul
3. Ikhwan
4. Irfan
5. Putri Nurainah
6. Muhammad Norman
7. Muhammad Azim
8. Muhammad Afiq Haikal
9. Aiman Mirza
10. Seri Dewi
11. Angely Sim
12. Amir Hakim
13. Aizat Hakim

SMK NUSAJAYA (KAA)
1. Muhammad Adjmal
2. Nur Izyan Izzati
3. Farah Binti Anuar

SMK TASEK UTARA (KAA)
1. Ahmad Nazif Abdillah 

SMK TAMAN UNIVERSITI (KAA)
1. Nurul Faqihah Hanun

Sunday 25 November 2012

PELAJAR CEMERLANG SKTNP1 2012

5A
1. Ellisa Binti Mohamad Alias
2. Farah Binti Anuar
3. Nur Farah Diba Binti Mohd Sharif
4. Mohamad Faiz Bin Zainurin
5. Ahmad Nazif Abdillah Bin Dorahim
6. Nur Azreen Sahara Binti Ahmad Shukri
7. Elliyyan Mizati Binti Mohd Ismail
8. Syahidah Husna Binti Suhaimi
9. Muhammad Danial Asyraf Bin Al Emira
10. Arif Bin Roslee
11. Muhammad Adjmal Aqif Bin Azhar
12. Mohammad Afiq Haikal Bin Izam
13. Muhammad Aiman Firdaus Bin Rasman
14. Mohammad Aiman Hakeem Bin Mohammad Azizi
15. Nurfatin Nabihah Binti Faisal
16. Nur Sahira Binti Mohammad Fahmi
17. Khairul Anwar Bin Arissen

4A1B
1. Muhammad Izlan Bin Ishak
2. Nur Asyiqah Bt Abd Malek
3. Aidyl Irfan Bin Ahmad Faisal
4. Nur Izyan 'Izzati Bt Rohaizan
5. Aiman Mirza Bin Muhammad Zaini
6. Aizat Hakim Bin Anuar
7. Ikhwan Bin Shaiful Razman
8. Nicolas Raj A/L Ganesraja


TAHNIAH!

Alhamdudillah.... cuti persekolahan telah pun bermula.. Dalam keseronokan bercuti, pengumuman keputusan UPSR turut mengundang seribu satu debaran dihati pelajar mahupun ibu bapa. Tidak terkecuali guru-guru yang berhempas pulas mencurahkan ilmu untuk anak didiknya. Syukur ke hadrat Ilahi, keputusan peperiksaan UPSR SK Taman Nusa Perintis pada tahun ini meningkat lagi bilangan 5A nya. Jika tahun 2011 bilangan 5A hanya 14 orang, tahun ini ada tambahan seramai 3 orang pelajar menjadikan bilangan 5A seramai 17 orang. ALHAMDUDILLAH... hasil yang berbaloi dengan usaha yang diberikan. 

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya memperolehi 5A. Tidak kurang jua yang memperolehi 4A1B, 3A, 2A, mahupun 1A. Syabas diucapkan. Apa jua keputusan yang diterima yakinlah anda yang terbaik. Bagi yang kurang berjaya, jadikan kekurangan ini sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya di masa hadapan. Belajarlah dari pengalaman. Keputusan ini bukanlah pengakhiran dalam kehidupan, tetapi ia hanya permulaan kepada perjuangan menuntut ilmu yang lebih mencabar. Jadikan keputusan ini sebagai motivasi terbaik untuk berjaya di masa hadapan. Ingatlah kejayaan diraih oleh mereka yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh, manakala kegagalan pula bagi mereka yang mudah kecewa dan berputus asa .



Wednesday 8 August 2012

TERUSKAN PERJUANGAN...

Bertemu kembali setelah lama menyepi.. hehehe.. bukan kerana tiada info ingin dikongsi tetapi dek kerana kekangan masa. Eeemmm... sudah hampir 2 minggu musim peperiksaan percubaan UPSR berlalu..pelbagai ragam pelajar dapat kita lihat sebelum, semasa dan selepas mereka menduduki peperiksaan yang begitu penting ini... ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang gusar dan ada yang begitu yakin mereka dapat menjawab kesemua soalan dengan betul... itu adalah lumrah yang akan dilalui oleh setiap pelajar. Keputusan jua telah diketahui. Tahniah diucapkan kepada yang telah mencapai sasaran. Bagi yang kurang berjaya usaha lagi.. kegagalan sekarang bukan bererti gagal selamanya.

Cikgu harapkan semua pelajar Tahun 6, SKTNP akan buat yang terbaik pada peperiksaan UPSR sebenar. Fokus kepada sasaran yang anda telah tetapkan. Peperiksaan Percubaan UPSR yang telah selamat dihadapi, jangan difikirkan lagi. Fokus kepada UPSR sebenar yang akan anda hadapi pada tanggal 11 September 2012 nanti. Sentiasa melakukan ulangkaji dengan konsisten, banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan sepanjang menghadapi minggu peperiksaan UPSR nanti.

Sekiranya ada fakta yang kurang jelas, jangan segan untuk bertanya pada guru atau rakan yang arif dengan subjek tersebut. Jangan biarkan kekeliruan menghantui diri anda. Semoga anda semua dapat menghadapi peperiksaan seterusnya dengan penuh tenang dan yakin. Guru-guru SKTNP sentiasa mendoakan kejayaan kalian... Amin

MASALAH vs KEHIDUPAN

Tiada MASALAH, Maka Bukan KEHIDUPAN Lah NAMANYA.Kehidupan Adalah Tempat UJIAN Dan Kehidupan Adalah Kilangnya MASALAH
Bahkan Orang MATI Pun Mempunyai MASALAH, Kecuali
Mereka Yang BERIMAN Dan BERTAQWA..
La'tahzan..In'nallaha..Ma'anna


Sunday 22 July 2012

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua umat Islam khususnya pada warga SKNP1. Moga ramadhan kali ini lebih bermakna dan membawa seribu satu rahmat dalam hidup kita semua.

Thursday 19 July 2012

PROGRAM KEMASYARAKATAN DI PDK, NUSAJAYA

19 Julai 2012 ( Khamis ) : Program Kemasyarakatan anjuran Panitia Sivik & Kewarganegaraan bersama Unit Bimbingan & Kaunseling ini telah dijayakan oleh murid Tahun 5, SKTNP. Bertempat di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Nusajaya, seramai 96 orang pelajar tahun 5 bersama 5 orang guru SKTNP telah menjalankan aktiviti gotong royong.

Program ini telah diketuai oleh penyelaras program, Pn Faizah dengan bantuan guru-guru yang terdiri daripada Pn Mages, Pn Azizah, Cik Norhalizah dan En Amran ( GPK KOKO ). Pelajar didedahkan dengan budaya kemasyarakatan, menghargai diri dan masyarakat sekeliling, serta mengeratkan silaturrahim. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti gotong royong, sukaneka dan persembahan murid.



Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terima kasih jua diucapkan kepada staf dan pelatih PDK Nusajaya di atas kerjasama yang diberikan.

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-55

17 Julai 2012 (Selasa) : Alhamdudillah, dengan izin Allah s.w.t Majlis Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-55 tahun dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tema 'Janji Ditepati' memberi satu inspirasi kepada warga SKTNP1 untuk menjadi lebih cemerlang dari hari-hari sebelumnya. Setiap impian pasti akan tercapai seandainya semua pihak mengembleng tenaga bersama-sama.

Terima kasih jua kepada warga SKTNP atas kerjasama yang diberikan. Tidak dilupakan juga kepada Cikgu Amran Bin Abu Bakar atas usaha mengetuai acara gimik bagi Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini.Great!




SURAT SEORANG IBU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...