VISI
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SKTNP 1 menjadi
perintis dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah serta
dapat melatih dan melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, celik akal,
seterusnya dapat memberi sumbangan
kepada sekolah dan komuniti luar sekolah menjelang Tahun 2015
MISI
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut
dilaksanakan dengan jayanya:
- Merancang, mengawalselia, mengurus dan melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.
- Memberi kefahaman tentang pentingnya akhlak mulia sebagai seorang insan.
- Membimbing pelajar memperbaiki diri, seterusnya berusaha membentuk keperibadian yang mulia.
- Mendorong pelajar bertindak menggunakan akal yang waras melalui saluran yang jelas dalam menghadapi sesuatu konflik.
- Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
- Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid
0 comments:
Post a Comment