Thursday, 17 January 2013

TIP-TIPS MENANGANI TEKANAN

Judul: Petua Menangani Stres
Penulis: Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, Muhammad Zakaria
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Pengulas: Hasliza Hassan
Harga: RM19.90

TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, bersangka buruk dan berdendam.
Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menangani tekanan dengan bijak. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tertekan dengan bijak.

Cabaran hidup sekarang mendedahkan kita kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri. Mereka yang berjaya menangani tekanan, akan berjaya menguruskan diri. Hakikatnya, ujian tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat. Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.

Buku Petua Menangani Stres hasil karya pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah bersama Muhammad Zakaria menyediakan metodologi menangani tekanan supaya dapat menjalani hidup yang lebih tenang. Mula sekali, pembaca diajak mengenali apa yang dimaksudkan dengan tekanan iaitu reaksi mental dan fizikal terhadap semua permasalahan yang dihadapi dalam hidup serta mencari bagaimana punca tekanan itu.

Antara punca tekanan ialah sifat semula jadi, terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi, bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan. Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

Bab empat buku kecil setebal 92 halaman itu mendedahkan 15 petua berkesan menangani tekanan bersama dalil al-Quran dan hadis Nabi SAW yang ditampilkan dalam bentuk nota ringkas, gambar hiasan serta sketsa lakaran kartun menarik. Malah, bahagian belakang buku dengan wajah Fadzilah tersenyum dalam posisi duduk yang santai turut menyediakan panduan menggunakan buku Petua Menangani Stres bagi memudahkan pembaca memahami seterusnya memanfaatkan ilmu yang disampaikan.

Berdoa adalah satu daripada cara mengurang dan mengelakkan tekanan. Buku ini turut menyediakan doa melindungi daripada tekanan termasuk doa ketika berasa takut, doa memohon diselamatkan daripada bala dan doa ketika marah. Tekanan mungkin tidak dapat dihilangkan sepenuhnya, tetapi hidup akan lebih mudah jika kita mempunyai kemahiran serta kekuatan untuk menghadapi tekanan. Ilmu mengenainya sudah ada di depan mata, baca dan manfaatkan demi hidup yang sejahtera.

Islam sudah menjelaskan kepentingan ilmu dalam menjalani kehidupan seharian dan pastinya tidak rugi untuk menimba ilmu mengenai tekanan bukan saja untuk diri sendiri, malah kepada anak, keluarga, saudara, jiran serta semua yang ada di sekeliling.
Renungan buat semua : Hidup ini memang penuh dengan tekanan. Jadi kalau kita tak nak tertekan, cuba-cubalah jangan buat orang lain tertekan dengan sikap dan karenah kita....

Sunday, 13 January 2013

UJIAN PEMILIHAN PRS 2013

13 Januari 2013.. Makluman kepada pelajar yang telah memohon untuk menjadi ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah bagi sesi 2013, sila hadir untuk menjalani ujian bertulis pada ketetapan seperti berikut :

                         Tarikh   :  14 Januari 2013
                         Hari      :  Isnin
                         Masa    :  1.30 petang
                         Tempat :  Kelas 1 Bakawali

Sila hadirkan diri dan semoga berjaya...

Senarai nama calon PRS 2013 :-

BIL NAMA TAHUN
1 Ahmad Irfan Darwish Bin Ahmad Ruzi 4B
2 Vania John Pereira 4A
3 Vynjana Raj A/P Langasvaran 4A
4 Muhd Aiman Haziq Bin Mohd Azri 4A
5 Mohamad Shaamel Arshad Bin
Mohamed Azlan Putra
4A
6 Nur Balqis Syafiqah 4A
7 Nur Rafiqah Bnti Rostam 4A
8 Nuraliah Shyazana 4A
9 Nur Alia Nabila Bt Khairul Razi 4A
10 Nurzullaiffah Bt Zulkarnain 4A
11 Shahrizal 4B
12 Nur Affina Hani 4B
13 M.Ikbal Bin Ibrahim 4B
14 Nurul Amiera Izzati Binti Mohd Norazman 4B
15 Jeyshiella A/P Benchman Amos 5A
16 Kusnita A/P Vishnu 5A
17 Thaniel Dasen A/L Dewaannathan 5A
18 Putry Noor Ain Bt Abd Rahman 5A
19 Farah Sazliyana Bt Zailani 5B
20 M. Badrul Hafiz B. M. Ramli 5B
21 Mohd Nurhaqim Hanafi  5B
22 Nursyaheena Bt Kamarudin 5B
23 M. Sharifuddin 5B
24 Norshilawanne Bt Jafri 5B
25 Nurul Nabilla Bt Rahmat 5B
26 Mohammad Ansarullah Bin Norhisham 5B
27 Muhd Nur Radzi Bin Mustafa 5B
28 Claydeeroy Claudius 5C
29 Adeeba Natasha Binti Azli 6A
30 Muhd Naufal Bin Salleh 6A
31 Gauthama Rueben 6A
32 Vhienscent Raj 6B
33 Nur Zuhairah Bt Ayob 6B
34 Nur Fitrah Bt Mohd Alif 6B
35 Mohamad Rafiq Bin Rostam 6B

SURAT SEORANG IBU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...