PRS


16 Julai 2012

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA.

  
'Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain'
 
Seorang PRS perlulah....
1. Senyum selalu

2. Ucapkan salam terlebih dahulu

3. Memulakan perbualan/menegur terlebih dahulu

4. Ziarah rakan yang sakit

5. Memberi bantuan rakan yang kesusahan/kesempitan

6. Penuhi undangan rakan

7. Ucapakan selamat hari lahir, ucapan tahniah dsb

8. Doakan kejayaan kawan-kawan

9. Saling hormat menghormati

10. Menjadi contoh/idola kepada pelajar lain

**Bukan sebagai penasihat tetapi pendengar yang baik. Guna telinga, mata dan hati.

MENDENGAR DENGAN AKTIF

1. Diam untuk mendengar

2. Mendengar dengan jelas mesej yang disampaikan

3. Memahami dengan jelas kandungan mesej tersebut

4. Memahami perasaan perucap

5. Membuat rumusan dengan tepat

6. Boleh membuat maklum balas dengan jelas

7. Boleh memprktikkan kemahiran mendengar

 **WUJUDKAN KESELESAAN

Aspek Fizikal  - tempat bersih, ada pengudaraan, selesa dan ada ruang kerahsiaan

Aspek Psikologi - Cara memberi layanan - klien rasa selesa, selamat, rasa dihargai, rasa didengari dan ingin berkongsi maklumat
  
**FOKUS KEPADA PERUCAP/KLIEN 
- Kontak mata bersahaja - dapat memahami perasaan klien dengan bahasa bukan lisan

**MEMILIH KEUTAMAAN 
- Jika banyak isu yang dibincangkan, pilih isu yang paling utama atau paling mengganggu klien

**MENYEBUT ATAU MENGULANGI ISI (PARAFRASA) 
 - Menandakan kita faham  atau mengikuti cerita klien

**KEMAHIRAN MENGGUNAKAN SOALAN TERTUTUP / SOALAN TERBUKA

**MINTA PENJELASAN

**DORONGAN MINIMA ..emmm, oooooo, oh ya

**EMPATI  - memahami dunia (perasaan dan pemikiran klien)

Berlatihlah menjadi PRS yang baik, sabar, jujur, menjaga kerahsiaan dan elakkan meletakkan nilai diri kita kepada klien. Biar mereka membuat keputusan sendiri PRS hanya membantu.


SIFAT YANG PERLU DIAMALKAN OLEH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

CUT APPLE A

C ( Caring ) - Penyayang
U ( Understanding ) - Memahami
T ( Trusting ) - Blh dipercayai
A (Acepting ) - Menerima
P ( Patience ) - Sabar
P ( Positive) - Berfikiran Positif
L ( Listening ) - Mendengar
E (Empathy ) - Empati
A ( Assertive ) - Tegas Diri
P ( Patience ) - Sabar
P ( Positive) - Berfkrn Positif
L ( Listening ) - Mendengar
E (Empathy ) - Empati
A ( Assertive ) - Tegas Diri



13 Julai 2012

SIAPA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA?

Pembimbing Rakan Sebaya adalah individu yang dipilih dalam kalangan murid yang aktif dari segi kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.

PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah. 

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) boleh membantu untuk meningkatkan lagi keberkesanan program bimbingan di sekolah. Pembimbing Rakan Sebaya merupakan satu tenaga positif untuk membolehkan program bimbingan mencakupi kelompok pelajar-pelajar yang mungkin sukar didampingi oleh guru bimbingan dan kaunseling atau guru-guru lain. PRS ini merupakan khidmat sokongan kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.



MATLAMAT PENUBUHAN PRS
    1. Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid SKTNP1.
    2. Membina murid SKTNP1 yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
    3. Memupuk potensi/bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang rasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
    4. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dalam kalangan murid SKTNP1.

      OBJEKTIF
        1. Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.
        2. Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS.
        3. Melatih murid SKTNP1 dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.
        4. Menubuhkan kumpulan murid SKTNP1 yang terlatih dan boleh menggerakkan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
        5. Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.
        6. Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkannya dengan rakan-rakan, guru, keluarga dan orang lain..
        7. Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.
        8. Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.


        FALSAFAH PRS
         
        ‘BANTU DIRI UNTUK MEMBANTU RAKAN LAIN’
         

        PERANAN PRS
         

        1. Menjadi Rakan Yang Peka Kepada Perasaan Dan Keadaan Sekeliling.
        2. Khidmat Sokong
        3. Sumber Kepada Rakan Untuk Dapatkan Bantuan.
        4. Sebagai Pelajar Contoh Kepada Pelajar Lain


        ASAS MENOLONG
         

        1. Pendengar Yang Empati.
        2. Pendengar Yang Berminat.
        3. Sentiasa Memberi Pertolongan
        4. Memahami Batasan Dan Keupayaan Diri.
        5. Sentiasa Berusaha Meningkatkan Diri Dari Pelbagai Aspek.
        6. Melapor Kepada Kaunselor Tentang Kes Yang Boleh Merosakkan Diri Dan Orang Lain
        7. Mematuhi Peraturan Sekolah Dan Norma Masyarakat


        ETIKA PRS
         
        1. Amanah Dan Menyimpan Rahsia.
        2. Menerima Dan Menghormati
        3. Sentiasa Mengambil Berat.
        4. Mesra
        5. Jujur
        6. Terima Tanpa Syarat


        AHLI PRS 2012

        Tahun 6
          1. Nur Asyiqah Bt Abd Malek
          2. Noor Aliah Diyanah Binti Mohd Hamlie
          3. Elliyyan Mizati Bt Mohd Ismail
          4. Ahmad Nazif Abdillah Bin Dorahim
          5. Mohd Syakiiruddin Bin Rahmat
          6. Ikhwan Bin Shaiful Razman
          7. Muhammad Norman Bin Zaini


            Tahun 5

              1. Sihamatulmaili Binti Tarmizi
              2. Nur Hidayah Binti Salleh
              3. Cladeebee Yen

              Tahun 4
              1. Azil Azmin Bin Mohd Nor
              2. Sahira Faqihah Bt Salehan
              3. Muhammad Aiman Bin Jamaluddin


              Tahun 3
                1. Syameen Nur Ain Bt Sahruddin
                2. Shaila A/P N.Jagadish
                3. Muhammad Aiman Danial Bin Zamri

                0 comments:

                SURAT SEORANG IBU

                Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...