SEKOLAHKU SYURGAKU


Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Perintis 1 (SKTNP1), terletak di bandar Nusa Jaya, Gelang Patah lebih kurang 32 kilometer dari Bandaraya Johor Bahru. Majlis penyerahan watikah pembukaan sekolah telah disempurnakan pada 3hbJanuari 2003 oleh Tuan Haji Miad Bin Haji Anuar, Ketua Unit Sekolah Rendah mewakili Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Sekolah ini dibangunkan di atas tanah seluas 4 hektar yang dirizabkan sebagai tapak sekolah rendah daripada kerajaan oleh pemaju perumahan Taman Nusa Perintis 1. Projek pembangunan yang bermula dari tahun 2001 berjaya disempurnakan pembinaannya pada Disember dengan kos perbelanjaan berjumlah RM 7.8 juta.
Selain daripada 30 buah bilik darjah, sekolah ini juga dilengkapi dengan Bilik Kemahiran Manipulatif, Dewan kecil, Bilik Muzik, Bilik Komputer, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Pengembangan Staf, 2 buah Bilik Guru, Pejabat Pentadbiran, Bilik Pengurusan Kokurikulum, Bilik Pengurusan Hal Ehwal Murid, Bilik Pengurusan dan Stor Sukan, Bilik Persalinan, Klinik Rawatan Kesihatan dan Pergigian, Perpustakaan, Kantin, Medan Terbuka, Gelanggang Sepak Takraw, Gelanggang Badminton, Padang Serbaguna, Kedai Buku, Bilik Tayang, Bilik Surau dan Pendidikan Islam dan sebuah tapak perhimpunan yang terletak di bahagian tengah blok bangunan ini.
Murid- murid yang belajar di sekolah ini tinggal berhampiran di sekitar kawasan sekolah dan kampung-kampung yang berhampiran. Pada awal pembukaannya sekolah ini menampung sejumlah 282 orang murid tahun 1 hingga ke tahun 5. Jumlah murid-murid di sekolah ini dijangka bertambah dari semasa ke semasa dengan pesat berikutan pembinaan Bandar Nusa Jaya di Tebing Runtuh dan kepesatan pembangunan di Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Sehingga tahun 2008, sekolah ini mempunyai 35 orang tenaga pengajar yang akan melaksanakan tanggungjawab menuju kecemerlangan pengurusan akademik dan Ko-akademik secara menyeluruh di bawah pimpinan Guru Besar yang pertama iaitu Pn Hajah Zaharah Bt Abd Rahim. Beliau dibantu oleh Pn Normah Tan Bt Abdullah selaku Penolong Kanan 1, Pn Ruzihan Bt Yaakob selaku Penolong Kanan Hal ehwal Murid dan En Zainuddin Bin Omar selaku Penolong Kanan Kokurikulum.
 Bermula tahun 2011, struktur organisasi SKTNP1 menonjolkan beberapa muka baru. Di bawah pimpinan Guru Besar, Tn. Hj. Mohd Fawzi Bin Mohd Noh beberapa muka baru diperkenalkan. Pn Normah Tan Bt Abdullah selaku Penolong Kanan 1, En Zainuddin Bin Omar selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan En Amran Bin Musa selaku Penolong Kanan Kokurikulum besama-sama mengembleng tenaga membantu pimpinan Guru Besar.     Seramai 42 orang guru bersama enam orang staf sokongan diharapkan dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah.

0 comments:

Post a Comment

SURAT SEORANG IBU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...