Sunday, 22 July 2012

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua umat Islam khususnya pada warga SKNP1. Moga ramadhan kali ini lebih bermakna dan membawa seribu satu rahmat dalam hidup kita semua.

Thursday, 19 July 2012

PROGRAM KEMASYARAKATAN DI PDK, NUSAJAYA

19 Julai 2012 ( Khamis ) : Program Kemasyarakatan anjuran Panitia Sivik & Kewarganegaraan bersama Unit Bimbingan & Kaunseling ini telah dijayakan oleh murid Tahun 5, SKTNP. Bertempat di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Nusajaya, seramai 96 orang pelajar tahun 5 bersama 5 orang guru SKTNP telah menjalankan aktiviti gotong royong.

Program ini telah diketuai oleh penyelaras program, Pn Faizah dengan bantuan guru-guru yang terdiri daripada Pn Mages, Pn Azizah, Cik Norhalizah dan En Amran ( GPK KOKO ). Pelajar didedahkan dengan budaya kemasyarakatan, menghargai diri dan masyarakat sekeliling, serta mengeratkan silaturrahim. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti gotong royong, sukaneka dan persembahan murid.



Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Terima kasih jua diucapkan kepada staf dan pelatih PDK Nusajaya di atas kerjasama yang diberikan.

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-55

17 Julai 2012 (Selasa) : Alhamdudillah, dengan izin Allah s.w.t Majlis Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-55 tahun dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tema 'Janji Ditepati' memberi satu inspirasi kepada warga SKTNP1 untuk menjadi lebih cemerlang dari hari-hari sebelumnya. Setiap impian pasti akan tercapai seandainya semua pihak mengembleng tenaga bersama-sama.

Terima kasih jua kepada warga SKTNP atas kerjasama yang diberikan. Tidak dilupakan juga kepada Cikgu Amran Bin Abu Bakar atas usaha mengetuai acara gimik bagi Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini.Great!




Monday, 16 July 2012

PERSEDIAAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Isnin, 16 Julai 2012 : Insyallah esok (Selasa, 17 Julai 2012) akan diadakan hari pelancaran program / sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-55 tahun. Dengan bertemakan 'Janji Ditepati', diharapkan seluruh warga SKTNP1 dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme ini.
Kita bertemu kembali di laporan sambutan kemerdekaan pada hari esok ya...:)

Friday, 13 July 2012

CAMBRIDGE PLACEMENT TEST

13 Julai 2012 (Jumaat) - Semua guru bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Daerah Johor Bahru menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris iaitu 'Cambridge Placement Test' . Ujian dilakukan secara online. Seramai 7 orang guru Bahasa Inggeris dari SKTNP1 telah terlibat di dalam peperiksaan ini. Semogo Berjaya untuk semua guru yang terlibat. 'ALL THE BEST!'

Thursday, 12 July 2012

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR - SAINS


12 Julai 2012 (Khamis) : Pada hari ini pelajar tahun 6 telah didedahkan dengan Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi Mata Pelajaran Sains. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Pn Nor Hirdawati Binti Hj. Ismail. Beliau merupakan Guru Cemerlang bagi mata pelajaran Sains. Kelancaran, ketegasan dan unsur kecindan yang telah digunakan oleh beliau telah menjadikan suasana pembelajaran menjadi menarik. Semua pelajar memberikan tumpuan dan fokus kepada apa yang disampaikan. Diharapkan sesi taklimat ini dapat membantu para pelajar memahami teknik menjawab soalan peperiksaan yang betul.

Wednesday, 11 July 2012

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2012

6-8 Julai 2012 (Jumaat-Ahad) : Alhamdudillah, akhirnya program kecemerlangan UPSR dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 77 orang murid tahun 6 telah turut serta di dalam kem motivasi ini. Bertempat di Kem Kaizen, Pekan Nenas, Pontian aktiviti dijalankan oleh barisan fasilitator Akademi Kaizen dengan bantuan daripada guru pengiring yang terlibat.

Terima kasih jua saya ucapkan kepada semua guru yang terlibat - Cikgu Amran Musa, Cikgu Amran Abu Bakar, Cikgu Rabbani, Cikgu Syuhada, Cikgu Rohaizan, Cikgu Ruzila, Cikgu Ruhana, Cikgu Oket, Cikgu Azizah, Cikgu Zaihana, Cikgu Mages & Cikgu Suhaifah.

SURAT SEORANG IBU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...