Thursday, 12 July 2012

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR - SAINS


12 Julai 2012 (Khamis) : Pada hari ini pelajar tahun 6 telah didedahkan dengan Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi Mata Pelajaran Sains. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Pn Nor Hirdawati Binti Hj. Ismail. Beliau merupakan Guru Cemerlang bagi mata pelajaran Sains. Kelancaran, ketegasan dan unsur kecindan yang telah digunakan oleh beliau telah menjadikan suasana pembelajaran menjadi menarik. Semua pelajar memberikan tumpuan dan fokus kepada apa yang disampaikan. Diharapkan sesi taklimat ini dapat membantu para pelajar memahami teknik menjawab soalan peperiksaan yang betul.

0 comments:

Post a Comment

SURAT SEORANG IBU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...