Wednesday, 8 August 2012

TERUSKAN PERJUANGAN...

Bertemu kembali setelah lama menyepi.. hehehe.. bukan kerana tiada info ingin dikongsi tetapi dek kerana kekangan masa. Eeemmm... sudah hampir 2 minggu musim peperiksaan percubaan UPSR berlalu..pelbagai ragam pelajar dapat kita lihat sebelum, semasa dan selepas mereka menduduki peperiksaan yang begitu penting ini... ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang gusar dan ada yang begitu yakin mereka dapat menjawab kesemua soalan dengan betul... itu adalah lumrah yang akan dilalui oleh setiap pelajar. Keputusan jua telah diketahui. Tahniah diucapkan kepada yang telah mencapai sasaran. Bagi yang kurang berjaya usaha lagi.. kegagalan sekarang bukan bererti gagal selamanya.

Cikgu harapkan semua pelajar Tahun 6, SKTNP akan buat yang terbaik pada peperiksaan UPSR sebenar. Fokus kepada sasaran yang anda telah tetapkan. Peperiksaan Percubaan UPSR yang telah selamat dihadapi, jangan difikirkan lagi. Fokus kepada UPSR sebenar yang akan anda hadapi pada tanggal 11 September 2012 nanti. Sentiasa melakukan ulangkaji dengan konsisten, banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan sepanjang menghadapi minggu peperiksaan UPSR nanti.

Sekiranya ada fakta yang kurang jelas, jangan segan untuk bertanya pada guru atau rakan yang arif dengan subjek tersebut. Jangan biarkan kekeliruan menghantui diri anda. Semoga anda semua dapat menghadapi peperiksaan seterusnya dengan penuh tenang dan yakin. Guru-guru SKTNP sentiasa mendoakan kejayaan kalian... Amin

0 comments:

Post a Comment

SURAT SEORANG IBU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...